Search this blog

Monday, 26 February 2018

Tazkirah Ringkas

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang memiliki 14 sifat,  seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan bersedia membantu kamu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupinya san menasihati kamu.

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan berusaha untuk membantu kamu. 

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan berusaha untuk merealisasikan rancangan kamu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih suka mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.

13. Dia sentiasa membantumu dalam menunaikan tanggungjawab kamu serta melarang melakukan perkara buruk dan dosa serta maksiat kepada Allah SWT.

14. Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

0 comments:

Post a Comment